Tuesday, June 26

TAKLIMAT KESIHATAN MENDERMA DARAH



Saalam 1 Malaysia. Adi hari ni bersama-sama dengan pelajar praU, mendengar satu taklimat berkenaan kempen menderma darah. 

Wednesday, June 20

Ceramah Israk & Mikraj

Salam unuk semua... lama betul tak update blog nie, hari nie ada ke surau bg mengikuti ceramah Israk dan Mikraj. Ceramah nie disampaikan oleh Ustaz Mohd Ali Abdullah. Pastinya sesuatu yang menarik akan diterjemahkan dalam konteks kehidupan kini..

Sunday, March 6

KURSUS PENGGUNAAN PORTAL EDUWEBTV VERSI 2.0



Fuhh...gempak! Dua hari Adi perlu berada di SMK Mak Lagam, Kemaman. Dah berapa kali Adi jejakkan kaki ke sekolah nie, yang lebih glamer dengan nama TESMAL. Sekolah ini sehebat namanya, cantik dan indah sekali panorama di sekitar sekolah ini.

Berbalik kepada kursus ni, seramai 17 orang peserta yang terlibat untuk daerah Kemaman. Sudah pasti pelbagai input yang akan diberikan sepanjang 2 hari berkursus di sini. Nanti Adi akan berkongsi info dengan semua blogger, k.

Thursday, March 3

KEJOHANA OLAHRAGA KALI KE-14



HULUBALANG JUARA








FUHH! Hebat! yang yang dapat Adi gambarkan perjalanan Kejohanan Olahraga kali ke-14 pada 2011 ini. Acara yang dimulai dengan perarakan masuk pasukan kadet polis yang membawa bendera kejohanan. Seterusnya perbarisan rumah-rumah sukan yang dimulai dengan Rumah Bendahara yang berwarna kuning dengan maskot lebah tampil bergaya.

Rumah Merah iaitu Hulubalang pula melangkah gagah para hulubalang yang membawa Sultan di atas tandu dengan didahului oleh Puteri Hang Li Po. Rumah Laksamana pula dipenuhi dengan flora-flora yang biru dan rumah Temenggung yang berwarna hijau tampil dengan pakaian berwarna hijau. Suasana yang berwarna warni ini pasti menceriakan suasana pada kejohanan olahraga ini.

Majlis ini telah dirasmikan oleh Tuan Pegawai Pelajaran Daerah Kemaman. Sebaik acara perasmian, para jemputan pula telah diminta untuk mengadili hiasan rumah sukan yang bertanding. Adi kagum betul dengan semangat guru-guru dan pelajar yang sanggup berjaga malam, turun ke padang pada waktu malam semata-mata untuk menghias rumah sukan masing-masing. Fuhh! cayalah cikgu semua

Rumah Hulubalang telah diumumkan sebagai pasukan perbarisan terbaik dan dinobatkan sebagai Johan keseluruhan sempena Kejohanan Olahhraga kali ke-14. Syabas dan tahniah semua.

Sunday, February 27

CITRA ILMU : SIRI JELAJAH DUNGUN


Salam untuk pengunjung2 blog yang setia. Tahun ini diharapkan akan membawa sesuatu yang unik dan berkesan dalam memaju dan membangunkan PSS. Banyak program yg dirangka sepanjang tahun 2011 ini. Ala projek biasa2 jer lah. nak buat yang glamer2 manalah nak cekau ongkosnya.
Program Citra Ilmu: Siri Jelajah Dungun merupakan pembuka kepada program lawatan bermaklumat, khusus untuk pengawas PSS. Program ini dirangka untuk memberi peluang kepada semua sekolah menengah di Daerah Dungun untuk menerima tetamu (ha3 sanggup ke diaorang terima ni...)
InsyaAllah program ini akan berlangsung pada 21 Mac 2011, maklumlah sekarang nie sekolah tgh busy dengan aktiviti sukan dan olahraga, nak mencelah pun tak boleh, tu yang tertunda tingga bulan Mac tu. Sekolah yang akan kami terjah ialah SMK Kampung Nyiur, SMK Sultan Omar (...sekolah yg banyak berjasa mendidikku) dan SMK Seri Dungun.
Hasrat Adi sebenarnya nak melihat dan mencari pengalaman di sekolah2 ni. Manalah tau ada sesuatu yg tak diduga ada di sekolah2 nie. Ala macam permata dalam lumpur, kalau tak digali lumpurnya manakan kelihatan sinar permatanya...Nantikan laporan bergambar program tu nanti k. moga Allah merahmati program ini...Amin.

Tuesday, March 23

Sekitar Pusat Sumber Sekolah...


BARISAN GURU PERPUSTAKAAN/MEDIA
PKG CENEH BARU




Wednesday, May 13

TEMA HARI GURU

Tema hari guru

2009 Guru Pembina Negara Bangsa

2008 Guru Cemerlang Negara Terbilang

2007 Guru Penjana Modal Insan Gemilang

2006 Pendidikan Bestari Pemangkin Kegemilangan

2005 Guru Berkualiti Pemangkin Kegemilangan

2004 Guru Berkualiti Pemangkin Kegemilangan

2003 Guru Berkualiti Aspirasi Negara

2002 Guru Berkualiti Aspirasi Negara

2001 Memartabatkan Profesion Keguruan tanggungjawab Bersama

2000 Bersatu Memartabatkan Profesion Keguruan

1999 Guru Berkesan Pendidikan Cemerlang

1998 Guru Penyemai Tanggungjawab Bersama

1997 Guru Bestari Sekolah Bestari

1996 Guru Malaysia Teras Pendidikan Bertaraf Dunia

1995 Permuafakatan dan Perpaduan Menjayakan Wawasan

1994 Guru Inovatif dan Kreatif Menjayakan Wawasan

1993 Guru Inovatif dan Kreatif Menjayakan Wawasan

1992 Guru Cemerlang Teras Kejayaan Wawasan

1991 Ke Arah Pendidikan Cemerlang

1990 Pendidikan Bermutu Masyarakat Sejahtera

1989 Guru Pembina Budaya Ilmu

1989 Guru Pembina Budaya Ilmu

1988 Guru Pengasas Budaya Membaca

1987 Pendidikan Ke Arah Kesejahteraan Insan

1986 Pendidikan Teras Nasionalisme

1985 Guru dan Masyarakat Asas Kemajuan Pendidikan

1984 Kepimpinan Berteladan Kesempurnaan Pendidikan

1983 Kepimpinan Berteladan Teras Pendidikan

1982 Ke Arah Kecekapan Guru Dan Pendidikan Bermutu

1981 Pengorbanan Guru Kejayaan Rakyat

1980 Pendidikan Teras Perpaduan Negara

1979 Murid Sejahtera Negara Jaya

1978 Guru Pembentuk Generasi Akan Datang

1977 Dedikasi dan Disiplin Asas Kemajuan Pendidikan

1976 Pendidikan Moral Dalam Zaman Kemajuan Pendidikan

1975 Guru dan Pembangunan Negara

1974 Peranan Guru Dalam Zaman Sains dan Teknologi

1973 Kerjasama Ibu Bapa Untuk Kemajuan Pendidikan

1972 Peranan Guru Dalam Pembangunan Negara

IKRAR HARI GURU

Ikrar

Bahawasanya kami
Guru-guru negara Malaysia
Dengan ini berikrar
Mendukung terus cita-cita kami
Terhadap tugas kami
Dan menyatakan keyakinan kami
Pada cita-cita murni pekerjaan kami
Kami akan berbakti
Kepada masyarakat
Dan negara kami.

Kami sentiasa menjunjung
Perlembagaan negara
Kami mengamalkan
Prinsip-prinsip Rukun Negara
Pada setiap masa.

LAGU HARI GURU 2009

GURU PEMBINA NEGARA BANGSA

Bersedia melangkah megah
Walaupun sukar baktiku curah
Demi mu ibu pertiwi
Sumpah ku lafaz janji kukota

Berikrar eratkan bangsa
Kukuhkan cinta kepada Negara
Berjasa terus berjasa
Menyebarkan ilmu tiada batasnya

Guru Pembina Negara Bangsa
Gagah perjuangkan visi Negara
Bangunkan jiwa yang pelbagai rupa
Demi agama dan nusa tercinta

Guru Pembina Negara Bangsa
Tetap Unggul senadakan suara
Sehaluan menggapai matlamatnya
Cemerlang dan gemilangkan Malaysia


Pencipta Lagu : Khairulrizam bin Khalid
Pencipta Lirik : Ili Nurbahirah bt Baharudin
Pengubah Muzik : Marzuki bin Tambi

Monday, February 16

KURSUS PORTAL EDUWEBTV






















Kursus selama 2 hari ini diadakan di SMK Kerteh Kemaman, bermula 15-16 February 2009. Seramai 20 peserta Guru Perpustakaan/Media sekolah-sekolah sekitar Kemaman telah menghadiri kursus ini. Banyak pendedahan yang telah diberikan tentang penggunaan EDUWEBTV bagi memeriahkan P&P.

Kursus selama 2 hari ini disampaikan oleh Encik Abdullah bin Muda dengan dibantu oleh Encik Ezzuan Pegawai TEKNOPEN PKG Kemasik selaku urusetia.

Tuesday, April 29

PSS SMK AYER PUTEH

PSS SMK MAK LAGAM

WATIKAH PELANTIKAN PENGAWAS PSS





Watikah Pelantikan Pengawas PSS pada tahun ini telah diadakan pada 27 April yang lalu. Majlis ini disempurnakan perasmiannya oleh Encik Mahadzir Mohamad Yassin di Dewan Bestari SMK Cheneh Baru. Seramai 93 orang pengawas PSS telah dianugerahkan watikah pelantikan.


KURSUS MEMBINA BLOG PSS FASA II






PARA PESERTA SEDANG MENDENGAR PENERANGAN DARIPADA ENCIK SUHAIMI MOHAMAD

Wednesday, March 26

WATIKAH PELANTIKAN PENGAWAS PSS 2008

Pada 25 Mac 2008, Pusat Kegiatan Guru Ceneh Baru telah menganjurkan majlis Watikah Pelantikan Pengawas PSS. Majlis tahunan ini diadakan di SMK Ayer Puteh. Guru Perpustakaan/Media SMK Ayer Putih, Puan Razima yang menjadi penyelaras majlis tersebut telah berjaya menjadikan majlis tersebut sebagai sesuatu yang bermakna.....

Tuesday, March 25

NILAM


PUAN ROSSURIA BINTI SAMSUDIN
GURU PENYELARAS NILAM




Bidang Tugas

Penyelaras NILAM

  • Memastikan pelaksanaan Program Nilam berjalan dengan baik, teratur dan sempurna.
  • Membuat pengumuman, hebahan program kepada semua guru dan para pelajar dari semasa ke semasa.
  • Memastikan buku-buku bacaan Bahasa Melayu/Bahasa Inggeris ditambah dari semasa ke semasa.
  • Mendapatkan laporan analisis bulanan daripada Penyelaras Tingkatan 1,2,3,4 dan 5 (Borang PN2)Mendapatkan pegesahan laporan analisis bulanan daripada Tuan Pengetua (setiap bulan) dan memperbanyak bahan tersebut untuk edaran guru dan kelas.

Tugas guru-guru kelas

  • Memberi semangat, bimbingan, dorongan dan motivasi kepada para pelajar agar menggunakan perpustakaan sekolah untuk tujuan meminjam dan membaca bahan-bahan pertandingan.
  • Memungut Buku Program Nilam mengikut kelas masing-masing pada setiap akhir bulan dengan bantuan Ketua Kelas.
  • Membuat semakan dan laporan analisis pencapaian pelajar dan kelas dengan mengisi Borang PN 1 dan PN 2.
  • Menjadi daya penggerak untuk membentuk dan memupuk tabiat suka membaca di kalangan pelajar.

BILIK SAL


CIK NOOR ANISAH BINTI ABDULLAH
Penyelaras Bilik SAL

Membantu ketua penyelaras mengenai pengurusan dan pentadbiran Bilik SAL
Mengurus, menganalisis penggunaan dan pinjaman Bahan Bantu Mengajar
Mengurus buku rekod penggunaan dan pinjaman, Bahan Bantu Mengajar dan buku.
Mengurus tempahan penggunaan Bilik SAL
Menyediakan jadual penggunaan Bilik SAL
Menyediakan buku-buku Rekod Penggunaan Bilik SAL
Menjamin perjalanan bilik berjalan dengan baik
Memastikan kebersihan dan keceriaan Bilik SAL sepanjang masa
Menentukan dasar pentadbiran, pembelian dan pengurusan bilik SAL .
Merancang aktiviti Bilik SAL
Menggariskan polisi pinjaman dan peraturan pinjaman.
Merancang pembangunan keceriaan Bilik SAL
Menentukan pengagihan tugas dan tanggungjawab.
Merancang anggaran belanjawan tahunan Bilik SAL
Menyimpan rekod perbelanjaan bahan-bahan Bilik SAL
Memberi khidmat nasihat dan kepakaran kepada pihak yang memerlukannya
Memperolehi dan menyemak maklumat-maklumat mengenai bahan-bahan baru dan terkini untuk koleksi Bilik SAL
Melaporkan sebarang kerosakan atau kehilangan perkakasan tayangan kepada sekolah dengan segera
Melaporkan sebarang kerosakan atau kehilangan bahan hardware dan software kepada penyelaras PSS supaya dapat dibaikpulih atau diganti dengan segera.
Menyemak stok pada akhir tahun, mengurus dan menyimpan buku stok.

BILIK TUTORIAL


ENCIK HAZNAH BIN MOHAMAD @ MANAS
PENYELARAS BILIK TUTORIAL

Menentukan dasar pentadbiran, pembelian dan pengurusan bilik termasuk keperluan-keperluan semasanya.

Mempunyai catatan (Buku Stok) semua perbekalan alatan atau perkakasan serta perisian (software) seperti computer, kertas, disket, reben/dakwat dan lain-lain.

Menggalakkan penggunaan komputer untuk tugas-tugas pengajaran dan pembelajaran.

Mempromosi penggunaan bilik kepada pelajar tingkatan 6

Merancang aktiviti unit

Menyediakan keperluan operasi yang sistematik seperti jadual waktu, rekod penggunaan dan lain-lain.

Melapor sebarang kerosakan supaya dapat dilakukan tindakan baikpulih atau penggantian dengan kadar yang segera.

Menyediakan Senarai Semak yang bersesuaian untuk memastikan semua tugas yang berkaitan telah dirancang dan dilaksanakan.

BILIK MEDIA


ENCIK BAHARI BIN ABD. RAHMAN
PENYELARAS BILIK MEDIA


Membantu ketua penyelaras mengenai pengurusan dan pentadbiran.

Mengurus pinjaman Bilik Media

Mengurus buku rekod penggunaan dan pinjaman Bilik Media.

Mengurus buku stok alatan Bilik Media.

Menyediakan laporan tentang analisis penggunaan Bilik Media.

Membantu Ketua Penyelaras mengenai pengurusan dan pentadbiran.

Mengurus pengumpulan dan pinjaman soalan peperiksaan dalaman dan awam.

Menjalankan kerja-kerja penjilidan soalan peperiksaan dalaman dan awam

Merekod stok soalan-soalan peperiksaan

Menyediakan analisis laporan tentang pinjaman soalan-soalan peperiksaan.

Membantu Ketua Penyelaras mengenai pengurusan dan pentadbiran.

Mengurus pinjaman dan penggunaan alatan.

Mengurus penyimpanan dan pengeluaran alatan.

Merekod pinjaman alatan bahan bantu mengajar.

Mengurus keceriaan dan susun atur alatan di Bilik Media.

Membuat analisis laporan tentang pinjaman dan penggunaan alatan.