Monday, March 24

SEKAPUR SIREH

PENDAHULUAN

Pusat Sumber Sekolah (PSS) merupakan agensi yang penting dalam institusi sekolah yang menyediakan pelbagai bahan, khidmat dan kemudahan pengajaran serta pembelajaran. Sesebuah pusat sumber memerlukan pengurusan yang cekap dan sistematik.

Pembentukannya adalah dengan tenaga dan daya usaha semua guru dan tidak seharusnya dipikul oleh guru pusat sumber sekolah sahaja. Setiap guru seharusnya mempunyai pengetahuan tentang pusat sumber sekolah agar dapat memberikan sumbangan kepada kemajuan pusat sumber sekolahnya.

KONSEP PSS

Pusat Sumber Sekolah merupakan tempat yang sesuai untuk proses pengajaran dan pembelajaran. Pusat sumber sekolah biasanya dilengkapi dengan pelbagai jenis bahan yang bertujuan menambahkan maklumat semasa proses pengajaran dan pembelajaran. Pusat Sumber Sekolah juga merupakan satu sistem perkhidmatan untuk membolehkan pihak sekolah mencapai matlamat-matlamat kurikulumnya.