Monday, March 24

VISI DAN MISI

VISI:

Meningkatkan penggunaan teknologi dalam pendidikan bagi melahirkan warga SMKCB yang bestari.

MISI

Memupuk dan membentuk warga SMKCB mengamalkan budaya bermaklumat. berilmu, berteknologi dalam semua bidang seiring dengan perubahan dan cabaran masa depan sekolah berkesan.

PIAGAM PELANGGAN PSS:-

1 Memastikan pengguna mendapat tempat dan ruang yang selesa dan
mencukupi
2 Memastikan pengguna mendapat kemudahan bahan Bantu yang terkini
dan berkeadaan baik dengan segera
3 Menyediakan bahan bantu mengajar dan bahan bacaan mencukupi untuk
keperluan atau kegunaan pengguna
4 Menyediakan maklumat relevan dan terkini kepada warga sekolah
5 Sedia memberi khidmat kepakaran dalam penggunaan teknologi
pendidikan kepada pengguna dari semasa ke semasa
6 Memberi khdimat, layanan mesra, bersopan dan setiasa peka kepada
masalah pengguna
OBJEKTIF

Objektif Pusat Sumber Sekolah ialah:
1 Menguruskan maklumat

PSS sebagai tempat mengumpul, menyimpan serta mengedarkan berbagai-bagai maklumat. Maklumat-maklumat ini mencakupi pelbagai bidang keilmuan seperti kemanusiaan, sains, teknologi, agama dan sebagainya. Dengan maklumat-maklumat inilah guru-guru dan para pelajar dapat memperkayakan pengalaman-pengalaman pengajaran pembelajaran mereka.

2 Kecemerlangan pendidikan
Adalah diharapkan PSS akan dapat mempertingkatkan mutu pengajaran pembelajaran serta dapat meningkatkan prestasi pencapaian akademik dikalangan pelajar-pelajarnya.

3 Penggunaan kemudahan

Menggalakkan pelajar-pelajar, guru-guru serta kakitangan sekolah menggunakan pelbagai kemudahan pembelajaran supaya mereka mempunyai tahap keilmuan yang tinggi hasilnya dari kajian dan pembacaan yang tidak ditumpukan kepada buku teks semata-mata.
4 Memupuk Tabiat Belajar

Adalah diharapkan dengan adanya Pusat Sumber Sekolah akan dapat membantu memupuk tabiat belajar sendiri, membaca dan menjalankan penyelidikan melalui pencarian dan penggunaan maklumat secara sistematik.

5 Penghasilan Bahan

Pusat Sumber Sekolah juga merupakan tempat untuk menghasil, menilai dan menggunakan pelbagai alatan/ bahan untuk proses pengajaran dan pembelajaran.

6 Perkhidmatan Pembelajaran
Pusat Sumber Sekolah juga harus berupaya memberi pandangan dan cadangan untuk melaksanakan kurikulum sekolah dengan berkesan. Oleh yang demikian, kakitangannya bukan sahaja mesti mempunyai pengetahuan dan kemahiran tentang media pendidikan tetapi juga bagaimana media dapat disepadukan dalam pengajaran dan pembelajaran supaya berkesan. Khidmat runding dan nasihat ini hendaklah ditawarkan bila-bila masa yang diperlukan. la boleh diberi dalam bentuk sesi tunjuk ajar, bengkel, kursus, pameran, temubual, dialog atau apa sahaja cara yang boleh menghasilkan konteks antara kakitangan media dengan guru-guru dan para pelajar.

7 Kemahiran Maklumat

Pusat Sumber Sekolah juga seharusnya berperanan melatih pelajar-pelajar supaya dapat menggunakan kemahiran maklumat dalam proses pembelajaran mereka.

FUNGSI PUSAT SUMBER SEKOLAH

1 Mengenalpasti dan menyediakan koleksi bahan untuk keperluan kurikulum dan kokurikulum
2 Berkhidmat sebagai pusat bahan dan alatan yang boleh digunakan secara individu atau kumpulan dalam proses pengajaran dan pembelajaran.
3 Merupakan tempat bahan P & P dapat dipilih dan dinilai untuk digunakan dalam kelas atau di luar kelas.
4 Memberi panduan dalam mencari, mengguna, menghasil dan mempersembahkan maklumat selaras dengan keperluan kurikulum.
5 Menjadi pusat perhubungan di antara sekolah dengan agensi-agensi lain bagi tujuan perolehan atau pinajaman bahan yang diperlukan.
6 Menggalak dan mempromosikan aktiviti membaca dan kemahiran maklumat.