Tuesday, April 29

PSS SMK AYER PUTEH

PSS SMK MAK LAGAM

WATIKAH PELANTIKAN PENGAWAS PSS





Watikah Pelantikan Pengawas PSS pada tahun ini telah diadakan pada 27 April yang lalu. Majlis ini disempurnakan perasmiannya oleh Encik Mahadzir Mohamad Yassin di Dewan Bestari SMK Cheneh Baru. Seramai 93 orang pengawas PSS telah dianugerahkan watikah pelantikan.


KURSUS MEMBINA BLOG PSS FASA II






PARA PESERTA SEDANG MENDENGAR PENERANGAN DARIPADA ENCIK SUHAIMI MOHAMAD

Wednesday, March 26

WATIKAH PELANTIKAN PENGAWAS PSS 2008

Pada 25 Mac 2008, Pusat Kegiatan Guru Ceneh Baru telah menganjurkan majlis Watikah Pelantikan Pengawas PSS. Majlis tahunan ini diadakan di SMK Ayer Puteh. Guru Perpustakaan/Media SMK Ayer Putih, Puan Razima yang menjadi penyelaras majlis tersebut telah berjaya menjadikan majlis tersebut sebagai sesuatu yang bermakna.....

Tuesday, March 25

NILAM


PUAN ROSSURIA BINTI SAMSUDIN
GURU PENYELARAS NILAM




Bidang Tugas

Penyelaras NILAM

  • Memastikan pelaksanaan Program Nilam berjalan dengan baik, teratur dan sempurna.
  • Membuat pengumuman, hebahan program kepada semua guru dan para pelajar dari semasa ke semasa.
  • Memastikan buku-buku bacaan Bahasa Melayu/Bahasa Inggeris ditambah dari semasa ke semasa.
  • Mendapatkan laporan analisis bulanan daripada Penyelaras Tingkatan 1,2,3,4 dan 5 (Borang PN2)Mendapatkan pegesahan laporan analisis bulanan daripada Tuan Pengetua (setiap bulan) dan memperbanyak bahan tersebut untuk edaran guru dan kelas.

Tugas guru-guru kelas

  • Memberi semangat, bimbingan, dorongan dan motivasi kepada para pelajar agar menggunakan perpustakaan sekolah untuk tujuan meminjam dan membaca bahan-bahan pertandingan.
  • Memungut Buku Program Nilam mengikut kelas masing-masing pada setiap akhir bulan dengan bantuan Ketua Kelas.
  • Membuat semakan dan laporan analisis pencapaian pelajar dan kelas dengan mengisi Borang PN 1 dan PN 2.
  • Menjadi daya penggerak untuk membentuk dan memupuk tabiat suka membaca di kalangan pelajar.

BILIK SAL


CIK NOOR ANISAH BINTI ABDULLAH
Penyelaras Bilik SAL

Membantu ketua penyelaras mengenai pengurusan dan pentadbiran Bilik SAL
Mengurus, menganalisis penggunaan dan pinjaman Bahan Bantu Mengajar
Mengurus buku rekod penggunaan dan pinjaman, Bahan Bantu Mengajar dan buku.
Mengurus tempahan penggunaan Bilik SAL
Menyediakan jadual penggunaan Bilik SAL
Menyediakan buku-buku Rekod Penggunaan Bilik SAL
Menjamin perjalanan bilik berjalan dengan baik
Memastikan kebersihan dan keceriaan Bilik SAL sepanjang masa
Menentukan dasar pentadbiran, pembelian dan pengurusan bilik SAL .
Merancang aktiviti Bilik SAL
Menggariskan polisi pinjaman dan peraturan pinjaman.
Merancang pembangunan keceriaan Bilik SAL
Menentukan pengagihan tugas dan tanggungjawab.
Merancang anggaran belanjawan tahunan Bilik SAL
Menyimpan rekod perbelanjaan bahan-bahan Bilik SAL
Memberi khidmat nasihat dan kepakaran kepada pihak yang memerlukannya
Memperolehi dan menyemak maklumat-maklumat mengenai bahan-bahan baru dan terkini untuk koleksi Bilik SAL
Melaporkan sebarang kerosakan atau kehilangan perkakasan tayangan kepada sekolah dengan segera
Melaporkan sebarang kerosakan atau kehilangan bahan hardware dan software kepada penyelaras PSS supaya dapat dibaikpulih atau diganti dengan segera.
Menyemak stok pada akhir tahun, mengurus dan menyimpan buku stok.

BILIK TUTORIAL


ENCIK HAZNAH BIN MOHAMAD @ MANAS
PENYELARAS BILIK TUTORIAL

Menentukan dasar pentadbiran, pembelian dan pengurusan bilik termasuk keperluan-keperluan semasanya.

Mempunyai catatan (Buku Stok) semua perbekalan alatan atau perkakasan serta perisian (software) seperti computer, kertas, disket, reben/dakwat dan lain-lain.

Menggalakkan penggunaan komputer untuk tugas-tugas pengajaran dan pembelajaran.

Mempromosi penggunaan bilik kepada pelajar tingkatan 6

Merancang aktiviti unit

Menyediakan keperluan operasi yang sistematik seperti jadual waktu, rekod penggunaan dan lain-lain.

Melapor sebarang kerosakan supaya dapat dilakukan tindakan baikpulih atau penggantian dengan kadar yang segera.

Menyediakan Senarai Semak yang bersesuaian untuk memastikan semua tugas yang berkaitan telah dirancang dan dilaksanakan.

BILIK MEDIA


ENCIK BAHARI BIN ABD. RAHMAN
PENYELARAS BILIK MEDIA


Membantu ketua penyelaras mengenai pengurusan dan pentadbiran.

Mengurus pinjaman Bilik Media

Mengurus buku rekod penggunaan dan pinjaman Bilik Media.

Mengurus buku stok alatan Bilik Media.

Menyediakan laporan tentang analisis penggunaan Bilik Media.

Membantu Ketua Penyelaras mengenai pengurusan dan pentadbiran.

Mengurus pengumpulan dan pinjaman soalan peperiksaan dalaman dan awam.

Menjalankan kerja-kerja penjilidan soalan peperiksaan dalaman dan awam

Merekod stok soalan-soalan peperiksaan

Menyediakan analisis laporan tentang pinjaman soalan-soalan peperiksaan.

Membantu Ketua Penyelaras mengenai pengurusan dan pentadbiran.

Mengurus pinjaman dan penggunaan alatan.

Mengurus penyimpanan dan pengeluaran alatan.

Merekod pinjaman alatan bahan bantu mengajar.

Mengurus keceriaan dan susun atur alatan di Bilik Media.

Membuat analisis laporan tentang pinjaman dan penggunaan alatan.

BILIK AUDIO VISUAL


CIK NORSHUHADAH BINTI ABD. HAMID
PENYELARAS BILIK AV

  • Menggariskan dasar-dasar bilik AV.
  • Menggariskan polisi pinjaman dan peraturan pinjaman
  • Merancang pembangunan keceriaan bilik media.
  • Menentukan pengagihan tugas dan tanggungjawab.
  • Mengurus kemasukan bahan dan penyebaran bahan Audio Video.
  • Analisis penggunaan bilik
  • Mengawal perkara-perkara kewangan.
  • Mengurus Pengawas Bilik AV
  • Merancang anggaran belanjawan tahunan unit AV
  • Mempamer serta mengedarkan bahan-bahan sokongan perkhidmatan tayangan seperti jadual waktu siaran dan jadual tajuk rancangan
  • Merancang anggaran belanjawan tahunan perkhidmatan alat pandang dengar/alat bantu mengajar untuk pusat sumber sekolah
  • Mencatatkan semua bekalan atau hardware dan software yang dibeli ke dalam buku stok alat pandang dengar
  • Mengelas dan mengkatalog semua bahan untuk pengetahuan guru-guru.
  • Mengadakan perkembangan staf dalam pembinaan media kos rendah dan penggunaan alat pandang dengar/alat bantu mengajar untuk guru-guru dan pelajar-pelajar.
  • Mewujudkan sistem pinjaman alat dan bahan secara berkesan.
  • Melaporkan sebarang kerosakan atau kehilangan bahan hardware dan software kepada penyelaras PSS supaya dapat dibaikpulih atau diganti dengan segera
  • Membantu Ketua Penyelaras mengenai pengurusan dan pentadbiran.
  • Mengurus pinjaman dan penggunaan alat audio video.
  • Mengurus buku stok alatan audio video.
  • Menyediakan laporan analisis tentang pinjaman dan penggunaan alat audio/video.
  • Membantu Ketua Penyelaras memberi pendedahan penggunaan sumber kepada semua guru dan pelajar.
  • Menggalakkan penggunaan EDUWEBTV kepada semua guru dan pelajar.
  • Memastikan keselamatan alat audio video.

WATIKAH PELANTIKAN PENGAWAS PSS




















danieltgr

Monday, March 24

PERPUSTAKAAN


KASMAZELI BT ALI

PENYELARAS PERPUSTAKAAN


  • Menentukan dasar pentadbiran, pembelian dan pengurusan perpustakaan.
  • Melatih dan menyelia kerani dan pengawas Pusat Sumber.
  • Menjamin perjalanan perpustakaan berjalan dengan baik.
  • Merancang aktiviti perpustakaan
  • Merancang anggaran belanjawan tahunana perpustakaan
  • Menyimpan rekod perbelanjaan bahan-bahan perpustakaan
  • Memberi khidmat nasihat dan kepakaran kepada pihak yang memerlukannya
  • Memperolehi dan menyemak maklumat-maklumat mengenai bahan-bahan baru dan terkini untuk koleksi perpustakaan
  • Mengurus perlantikan Pengawas dan sijil.
  • Mengurus pembelian buku, majalah dan alatan.
  • Analisis dan Laporan.
  • Menghadiri mesyuarat, taklimat dan kursus.
  • Semakan rekod/laporan pustakawan.
  • Memasukkan stok bahan perolehan(buku/majalah).
  • Pemprosesan buku dan pengkelasan.
  • Mengadakan Pameran buku-buku terkini.
  • Memastikan kebersihan dan keceriaan bilik.
  • Menguruskan proses pinjaman dan pemulangan buku
  • Mengurus pengeluaran dan pergantian Kad Ahli
  • Mengemas kini sistem maklumat PSS.
  • Memproses Akhbar menjadi fail tegak dan buku skrap.

VISI DAN MISI

VISI:

Meningkatkan penggunaan teknologi dalam pendidikan bagi melahirkan warga SMKCB yang bestari.

MISI

Memupuk dan membentuk warga SMKCB mengamalkan budaya bermaklumat. berilmu, berteknologi dalam semua bidang seiring dengan perubahan dan cabaran masa depan sekolah berkesan.

PIAGAM PELANGGAN PSS:-

1 Memastikan pengguna mendapat tempat dan ruang yang selesa dan
mencukupi
2 Memastikan pengguna mendapat kemudahan bahan Bantu yang terkini
dan berkeadaan baik dengan segera
3 Menyediakan bahan bantu mengajar dan bahan bacaan mencukupi untuk
keperluan atau kegunaan pengguna
4 Menyediakan maklumat relevan dan terkini kepada warga sekolah
5 Sedia memberi khidmat kepakaran dalam penggunaan teknologi
pendidikan kepada pengguna dari semasa ke semasa
6 Memberi khdimat, layanan mesra, bersopan dan setiasa peka kepada
masalah pengguna
OBJEKTIF

Objektif Pusat Sumber Sekolah ialah:
1 Menguruskan maklumat

PSS sebagai tempat mengumpul, menyimpan serta mengedarkan berbagai-bagai maklumat. Maklumat-maklumat ini mencakupi pelbagai bidang keilmuan seperti kemanusiaan, sains, teknologi, agama dan sebagainya. Dengan maklumat-maklumat inilah guru-guru dan para pelajar dapat memperkayakan pengalaman-pengalaman pengajaran pembelajaran mereka.

2 Kecemerlangan pendidikan
Adalah diharapkan PSS akan dapat mempertingkatkan mutu pengajaran pembelajaran serta dapat meningkatkan prestasi pencapaian akademik dikalangan pelajar-pelajarnya.

3 Penggunaan kemudahan

Menggalakkan pelajar-pelajar, guru-guru serta kakitangan sekolah menggunakan pelbagai kemudahan pembelajaran supaya mereka mempunyai tahap keilmuan yang tinggi hasilnya dari kajian dan pembacaan yang tidak ditumpukan kepada buku teks semata-mata.
4 Memupuk Tabiat Belajar

Adalah diharapkan dengan adanya Pusat Sumber Sekolah akan dapat membantu memupuk tabiat belajar sendiri, membaca dan menjalankan penyelidikan melalui pencarian dan penggunaan maklumat secara sistematik.

5 Penghasilan Bahan

Pusat Sumber Sekolah juga merupakan tempat untuk menghasil, menilai dan menggunakan pelbagai alatan/ bahan untuk proses pengajaran dan pembelajaran.

6 Perkhidmatan Pembelajaran
Pusat Sumber Sekolah juga harus berupaya memberi pandangan dan cadangan untuk melaksanakan kurikulum sekolah dengan berkesan. Oleh yang demikian, kakitangannya bukan sahaja mesti mempunyai pengetahuan dan kemahiran tentang media pendidikan tetapi juga bagaimana media dapat disepadukan dalam pengajaran dan pembelajaran supaya berkesan. Khidmat runding dan nasihat ini hendaklah ditawarkan bila-bila masa yang diperlukan. la boleh diberi dalam bentuk sesi tunjuk ajar, bengkel, kursus, pameran, temubual, dialog atau apa sahaja cara yang boleh menghasilkan konteks antara kakitangan media dengan guru-guru dan para pelajar.

7 Kemahiran Maklumat

Pusat Sumber Sekolah juga seharusnya berperanan melatih pelajar-pelajar supaya dapat menggunakan kemahiran maklumat dalam proses pembelajaran mereka.

FUNGSI PUSAT SUMBER SEKOLAH

1 Mengenalpasti dan menyediakan koleksi bahan untuk keperluan kurikulum dan kokurikulum
2 Berkhidmat sebagai pusat bahan dan alatan yang boleh digunakan secara individu atau kumpulan dalam proses pengajaran dan pembelajaran.
3 Merupakan tempat bahan P & P dapat dipilih dan dinilai untuk digunakan dalam kelas atau di luar kelas.
4 Memberi panduan dalam mencari, mengguna, menghasil dan mempersembahkan maklumat selaras dengan keperluan kurikulum.
5 Menjadi pusat perhubungan di antara sekolah dengan agensi-agensi lain bagi tujuan perolehan atau pinajaman bahan yang diperlukan.
6 Menggalak dan mempromosikan aktiviti membaca dan kemahiran maklumat.

SEKAPUR SIREH

PENDAHULUAN

Pusat Sumber Sekolah (PSS) merupakan agensi yang penting dalam institusi sekolah yang menyediakan pelbagai bahan, khidmat dan kemudahan pengajaran serta pembelajaran. Sesebuah pusat sumber memerlukan pengurusan yang cekap dan sistematik.

Pembentukannya adalah dengan tenaga dan daya usaha semua guru dan tidak seharusnya dipikul oleh guru pusat sumber sekolah sahaja. Setiap guru seharusnya mempunyai pengetahuan tentang pusat sumber sekolah agar dapat memberikan sumbangan kepada kemajuan pusat sumber sekolahnya.

KONSEP PSS

Pusat Sumber Sekolah merupakan tempat yang sesuai untuk proses pengajaran dan pembelajaran. Pusat sumber sekolah biasanya dilengkapi dengan pelbagai jenis bahan yang bertujuan menambahkan maklumat semasa proses pengajaran dan pembelajaran. Pusat Sumber Sekolah juga merupakan satu sistem perkhidmatan untuk membolehkan pihak sekolah mencapai matlamat-matlamat kurikulumnya.

FALSAFAH

FALSAFAH PUSAT SUMBER SEKOLAH

Pusat Sumber Sekolah merupakan satu tempat menjalankan aktiviti yang menuju ke arah melaksanakan kaedah pengajaran dan pembelajaran yang lebih berkesan. la merupakan satu konsep yang banyak menumpukan kepada pengurusan yang sistematik, berpusat dan menyeluruh yang dapat memberi faedah dan perkhidmatan yang maksimum kepada guru-guru dan pelajar.
i
Pusat sumber sekolah berfungsi sebagai pengumpul, penyusun dan penyimpan maklumat dalam satu sistem yang senang difahami dan mudah dikesan. PSS juga bertindak sebagai penyebar bahan-bahan maklumat dengan cepat dan segera apabila diperlukan.
Pusat sumber adalah sebagai satu sistem perkhidmatan yang membolehkan semua pihak di peringkat sekolah mencapai matlamat-matlamat kurikulum. Fenomena ini akan menggalakkan perkembangan intelektual, rohani, emosi dan jasmani yang seimbang.

Sunday, March 23

KURSUS MEMBINA BLOG PUSAT SUMBER SEKOLAH

Pada 23-24 Mac 2008, Pusat Sumber Sekolah dengan kerjasama PKG Ceneh Baru telah menganjurkan satu kursus Membina Blog PSS. Kursus 2 hari yang bertempat di Makmal Bestari, SMK. Ceneh Baru dijalankan bermula jam 2.00 petang dan berakhir jam 4.30 petang.

Kursus ini telah berjaya menghimpunkan Guru Perpustakaan dan Media, gurubesar dan guru-guru kanan pentadbiran, meliputi semua sekolah di bawah PKG Ceneh Baru. Antara objektif utama kursus ini diadakan ialah untuk mewujudkan blog PSS setiap sekolah. Semoga kursus selama 2 hari ini yang dibimbing oleh Encik Suhaimi Mohamad dapat mencapai matlamat yang diharapkan.

GURU PERPUSTAKAAN DAN MEDIA

SINAR HARIAN SABTU 19 APRIL 2008


Mohd Ropee bin Ismail, dilahirkan di Kg. Sungai Buaya, Dungun, Terengganu. Anak ke-6 daripada 10 adik-beradik. Pendidikan awal di SK. Kuala Dungun dan meneruskan persekolah di SMK Sultan Omar, Dungun bermula tingkatan 1 hingga tingkatan 6. Selepas menamatkan STPM, melanjutkan pelajaran ke USM Pulau Pinang dalam bidang Pendidikan. Memperolehi Sarjana Muda Sastera dengan Pendidikan pada 1997.
Minat dalam bidang Pusat Sumber bermula sejak bangku sekolah apabila menjawat jawatan Pengawas Perpustakaan di SMK. Sultan Omar, Dungun. Dengan bimbingan dan tunjuk ajar Guru Perpustakaan pada ketika itu iaitu Puan Salmah Mohd Tahar, menyemarakkan lagi minat terhadap bidang ini.