Sunday, March 6

KURSUS PENGGUNAAN PORTAL EDUWEBTV VERSI 2.0



Fuhh...gempak! Dua hari Adi perlu berada di SMK Mak Lagam, Kemaman. Dah berapa kali Adi jejakkan kaki ke sekolah nie, yang lebih glamer dengan nama TESMAL. Sekolah ini sehebat namanya, cantik dan indah sekali panorama di sekitar sekolah ini.

Berbalik kepada kursus ni, seramai 17 orang peserta yang terlibat untuk daerah Kemaman. Sudah pasti pelbagai input yang akan diberikan sepanjang 2 hari berkursus di sini. Nanti Adi akan berkongsi info dengan semua blogger, k.

Thursday, March 3

KEJOHANA OLAHRAGA KALI KE-14



HULUBALANG JUARA








FUHH! Hebat! yang yang dapat Adi gambarkan perjalanan Kejohanan Olahraga kali ke-14 pada 2011 ini. Acara yang dimulai dengan perarakan masuk pasukan kadet polis yang membawa bendera kejohanan. Seterusnya perbarisan rumah-rumah sukan yang dimulai dengan Rumah Bendahara yang berwarna kuning dengan maskot lebah tampil bergaya.

Rumah Merah iaitu Hulubalang pula melangkah gagah para hulubalang yang membawa Sultan di atas tandu dengan didahului oleh Puteri Hang Li Po. Rumah Laksamana pula dipenuhi dengan flora-flora yang biru dan rumah Temenggung yang berwarna hijau tampil dengan pakaian berwarna hijau. Suasana yang berwarna warni ini pasti menceriakan suasana pada kejohanan olahraga ini.

Majlis ini telah dirasmikan oleh Tuan Pegawai Pelajaran Daerah Kemaman. Sebaik acara perasmian, para jemputan pula telah diminta untuk mengadili hiasan rumah sukan yang bertanding. Adi kagum betul dengan semangat guru-guru dan pelajar yang sanggup berjaga malam, turun ke padang pada waktu malam semata-mata untuk menghias rumah sukan masing-masing. Fuhh! cayalah cikgu semua

Rumah Hulubalang telah diumumkan sebagai pasukan perbarisan terbaik dan dinobatkan sebagai Johan keseluruhan sempena Kejohanan Olahhraga kali ke-14. Syabas dan tahniah semua.

Sunday, February 27

CITRA ILMU : SIRI JELAJAH DUNGUN


Salam untuk pengunjung2 blog yang setia. Tahun ini diharapkan akan membawa sesuatu yang unik dan berkesan dalam memaju dan membangunkan PSS. Banyak program yg dirangka sepanjang tahun 2011 ini. Ala projek biasa2 jer lah. nak buat yang glamer2 manalah nak cekau ongkosnya.
Program Citra Ilmu: Siri Jelajah Dungun merupakan pembuka kepada program lawatan bermaklumat, khusus untuk pengawas PSS. Program ini dirangka untuk memberi peluang kepada semua sekolah menengah di Daerah Dungun untuk menerima tetamu (ha3 sanggup ke diaorang terima ni...)
InsyaAllah program ini akan berlangsung pada 21 Mac 2011, maklumlah sekarang nie sekolah tgh busy dengan aktiviti sukan dan olahraga, nak mencelah pun tak boleh, tu yang tertunda tingga bulan Mac tu. Sekolah yang akan kami terjah ialah SMK Kampung Nyiur, SMK Sultan Omar (...sekolah yg banyak berjasa mendidikku) dan SMK Seri Dungun.
Hasrat Adi sebenarnya nak melihat dan mencari pengalaman di sekolah2 ni. Manalah tau ada sesuatu yg tak diduga ada di sekolah2 nie. Ala macam permata dalam lumpur, kalau tak digali lumpurnya manakan kelihatan sinar permatanya...Nantikan laporan bergambar program tu nanti k. moga Allah merahmati program ini...Amin.