Sunday, February 27

CITRA ILMU : SIRI JELAJAH DUNGUN


Salam untuk pengunjung2 blog yang setia. Tahun ini diharapkan akan membawa sesuatu yang unik dan berkesan dalam memaju dan membangunkan PSS. Banyak program yg dirangka sepanjang tahun 2011 ini. Ala projek biasa2 jer lah. nak buat yang glamer2 manalah nak cekau ongkosnya.
Program Citra Ilmu: Siri Jelajah Dungun merupakan pembuka kepada program lawatan bermaklumat, khusus untuk pengawas PSS. Program ini dirangka untuk memberi peluang kepada semua sekolah menengah di Daerah Dungun untuk menerima tetamu (ha3 sanggup ke diaorang terima ni...)
InsyaAllah program ini akan berlangsung pada 21 Mac 2011, maklumlah sekarang nie sekolah tgh busy dengan aktiviti sukan dan olahraga, nak mencelah pun tak boleh, tu yang tertunda tingga bulan Mac tu. Sekolah yang akan kami terjah ialah SMK Kampung Nyiur, SMK Sultan Omar (...sekolah yg banyak berjasa mendidikku) dan SMK Seri Dungun.
Hasrat Adi sebenarnya nak melihat dan mencari pengalaman di sekolah2 ni. Manalah tau ada sesuatu yg tak diduga ada di sekolah2 nie. Ala macam permata dalam lumpur, kalau tak digali lumpurnya manakan kelihatan sinar permatanya...Nantikan laporan bergambar program tu nanti k. moga Allah merahmati program ini...Amin.