Thursday, March 3

KEJOHANA OLAHRAGA KALI KE-14



HULUBALANG JUARA








FUHH! Hebat! yang yang dapat Adi gambarkan perjalanan Kejohanan Olahraga kali ke-14 pada 2011 ini. Acara yang dimulai dengan perarakan masuk pasukan kadet polis yang membawa bendera kejohanan. Seterusnya perbarisan rumah-rumah sukan yang dimulai dengan Rumah Bendahara yang berwarna kuning dengan maskot lebah tampil bergaya.

Rumah Merah iaitu Hulubalang pula melangkah gagah para hulubalang yang membawa Sultan di atas tandu dengan didahului oleh Puteri Hang Li Po. Rumah Laksamana pula dipenuhi dengan flora-flora yang biru dan rumah Temenggung yang berwarna hijau tampil dengan pakaian berwarna hijau. Suasana yang berwarna warni ini pasti menceriakan suasana pada kejohanan olahraga ini.

Majlis ini telah dirasmikan oleh Tuan Pegawai Pelajaran Daerah Kemaman. Sebaik acara perasmian, para jemputan pula telah diminta untuk mengadili hiasan rumah sukan yang bertanding. Adi kagum betul dengan semangat guru-guru dan pelajar yang sanggup berjaga malam, turun ke padang pada waktu malam semata-mata untuk menghias rumah sukan masing-masing. Fuhh! cayalah cikgu semua

Rumah Hulubalang telah diumumkan sebagai pasukan perbarisan terbaik dan dinobatkan sebagai Johan keseluruhan sempena Kejohanan Olahhraga kali ke-14. Syabas dan tahniah semua.